Sayangku Di Masukkan Ke Wad - Hari Kedua (6/4/10)

4/06/2010 08:55:00 PTG 1 Comments

Ni merupakan hari ke-2 aku bermalam di hospital menamani syg aku yang baru je sehari melepasi pembedahan membuang apendik.

Hari ke-2 syg aku dekat sini menunjukkan tanda2 positif, cuma malam semalam je dia tak berapa nyenyak nak tido, mungkin sebab bisa tu terasa lagi.

Hari ni syg aku dah mula makan makanan yang lembut2 setelah mendapat kebenaran dari doktor.

aku cuma kasian time ubat antibiotik disuntik ke badan dia. dia akan merasa sakit sangat kesan dari ubat tu. selain tu selepas ubat mula masuk kesaluran darah syg aku akan rasa seperti nak pitam ngan muntah. bila aku tanya doktor kenapa, dia jawab memang macam tu kesan ubat selepas kita buat pembedahan.

Petang tadi adik ipar aku ada datang melawat ngan bawakan makanan untuk aku dengan syg aku. Baru kejab tadi kawan baik dia masa sekolah dulu ada datang juga dengan suami dia. tq korang yang datang melawat syg aku ni.

aku harap2 malam ni syg aku nyenyak tido. sebab esok pagi ada temujanji dengan doktor nak buka pembalut luka tempat pembedahan, sbb nak tengok keadaan luka tu. berkemungkinan kalau keadaan luka baik, mungkin petang dah boleh keluar wad.

ok aku nak rehat dulu sbb aku rasa mengantuk sangat sbb tido tak menentu.

cerita seterusnya aku sambung esok.........

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..