Thursday, April 15, 2010

Petua Untuk Demam Denggi

Apa yang aku nak kasi dekat bawah ni adalah petua yang dikirim oleh rakan email dalam mail box aku. sebarang kesan sampingan terhadap petua ini adalah tanggungjawab sendiri.

cuba baca petua dibawah:-



Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi juga (Petua ini diberikan kepada ibu saya oleh kawannya semasa ibu saya kena demam denggi beberapa tahun yang lalu).

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).*

Saya sendiri, ibu dan adik saya pernah mencuba jus daun betik ini semasa kena demam denggi. Kami bertiga sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi, walaupun demam sudah reda, saya dan adik saya masih mengalami gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul bintik-bintik merah. Saya pergi membuat ujian darah di klinik kerana bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada
pada paras normal. Jadi saya tidak perlu masuk wad.

Petua ini saya ada "pass" kepada rakan-rakan kenalan saya yang kena demam denggi. Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet
sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan
tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan pada ahli-ahli keluarga saya dan kenalan-kenalan saya yang pernah mencuba petua ini.

5 comments:

  1. thank.. sy dah demam atau ape.. sakit sendi pun dh kurang.. tapi bintik2 merah n ruam baru mula timbul.. pelik jugak ni.. 100 pluss pun minum smpai termuntah dah

    ReplyDelete
  2. Sesiapa terkena denggi boleh cuba jus pink guava sunrise (tulen, berkhasiat dan lazat), lawati laman web kami di http://guavarich.weebly.com

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yang kena demam denggi boleh cuba jus pink guava sunrise, sudah banyak testimoni pesakit sembuh dengan cepat. lawati laman web http://guavarich.weebly.com untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini