KENAPA OPIS AKU KOSONG?

4/23/2010 10:43:00 PG , , 0 Comments

Apa yang aku nak cerita dekat sini, masuk je opis pagi ni sunyi sepi semua orang takda. Jam 9 pagi baru ada yang sampai 2 ke 3 orang je. mana pegi semua orang?


Rupa-rupanya dia orang semua pegi team building company dekat pulau tioman..huhu..aku ditinggalkan .


Sekarang ni dalam opis aku hanya tak sampai 10 orang je. semua senyap je, sebab kaki kecoh, radio fm n kaki lawak semua dah g team building & bercuti selama 3 hari.


Kalau tak silap aku kawan2 ni gerak jam 1:00 pagi tadi dengan menaiki 2 bus. yang pegi lebih kurang 80 orang semua.


Company tempat aku keje ni setiap tahun akan buat team building atas niat nak mengeratkan hubungan semua staff dengan staff atasan.


Aku pernah joint sekali tahun lepas, time tu aku g pulau perhentian. memang seronoklah beb. dekat sinilah first time aku belajar buat snockling (betul ke eja ni..belasah je).


Tahun aku tak g sebab aku kena kerja sabtu n ahad, lagi pon wife dengan orang tua aku tak sihat, so aku tak boleh g jalan jauh2 sangat sbb takut ada apa2 takda sapa tengok syg aku ni dengan orang tua aku.


Apa pon aku ucapkan tahniah kepada kawan2 aku yang dapat pergi n enjoy your team building..




Kenangan kasi makan ikan dekat Pulau Perhentian 2008


Standby nak menyelam ni..boleh ke?


akhirnya berjaya aku menyelam dalam laut ni


Nilah senarai peserta Team Building Pulau Perhentian 2008


P/S: jgn lupa bawa balik timun laut dekat kita orang yang tak g ni...hahahah

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..