Kenapa aku berpeluh?

4/12/2010 02:08:00 PTG , 0 Comments

Ye tajuk aku tu memang ada tanda soal. korang tentu fikir kenapa aku tanya pasal kenapa aku berpeluh semalam.

Aku berpeluh bukan sebab kena kejar hantu atau kena kejar anjing tapi sebab aku bersenam dekat dusun durian bapa mertua aku semalam.

Perrrrrrrrgggg, memang macam lari 30km lah. aku dah lama tak masuk kebun ni sejak aku keje dekat KL ni.

Dulu masa jadi budak kg, ari2 masuk kebun. sekarang dah duduk bandar peluh kering je..asik kena aircond je.

Semalam bapa mertua aku ajak aku g kebun dusun dekat area umah je, dia kata musim durian tak lama lagi, so kita orang g bersihkan pokok2 durian yang usia dah puluhan tahun.

bapa mertua aku kata dah setahun tak masuk kebun tu sebab sebelum ni dia pajak dekat orang, sekarang dah tak pajak lagi sebab nak makan sendiri.

kebanyakkan dekat kebun tu di tanam dengan durian, rambutan, manggis ngan cempedak.

semalam aku tengok dah ada 3 ke 4 pokok durian dah mula berbunga, so tak sabar aku nak tunggu buah2 ni jatuh..hehehe. Bapa mertua aku kata dalam 5 bulan buah dah besar.

Jom g makan buah dekat sini nanti k...


pokok durian yang dah berusia puluhan tahun


muka hodoh berpeluh2, rehat jab..huhu



Ulat gonggok gergasi yang pertama kali aku jumpa

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..