First Dating Di Khadijah's Kitchen

4/26/2010 08:39:00 PTG , 1 Comments



Pernah tak Korang dengar "Khadijah's kitchen", kalau korang first time dengar nilah dia restoran milik penyanyi terkenal Khadijah Ibrahim.




Apa yang aku nak cerita hari ni adalah sepanjang 2 bulan selepas syg aku berpindah tempat kerja dari Penang ke KL ari ni paling best sekali dalam hidup aku sebab first time g makan berdua dengan sygku time lunch semasa bekerja.

Selalunya aku makan dengan member dekat opis, begitu juga dengan syg aku makan dengan kawan2 opis dia. Kebetulan arini aku dengan syg aku ada urusan dengan Hospital Pantai Kuala Lumpur, so aku terus ajak dia g makan.

Mula2 syg aku nak bawa makan g kedai medan selera area opis syg aku, tapi d sebabkan susah parking, dia ajak aku g makan dekat restoran Khadijah Ibrahim.

Restoran dia memang bersih cantik n makanan lauk makan tengahari pon sedap2. Antara menu istimewa yang ada dekat situ Tauhu telor, Ayam daun kari, Acar daging, Daging salai, Ikan bawal asam jawa dan banyak lagi.

Satu benda yang menarik dalam restoran tu, kalau korang masuk korang akan tengok semua meja makan yang dia guna tak sama. Kalau korang datang sendiri tengok baru teruja sentuhan restoran Khadijah Ibrahim ni

Kalau korang berminat nak g jalan2 cari makan boleh g dekat retoran Khadijah Ibrahim ni dekat alamat bawah ni.

Khadijah' Kitchen Sdn Bhd
21 Jalan 11/2, Jalan Bukit,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 603-7960 1079
Dibuka Jam : 12:00 Tghari - 11:00 Malam

Kalau korang bertuah semasa makan tu, mungkin korang berpeluang berjumpa Khadijah Ibrahim ni.

Oklah korang layanlah gambar2 yang aku sempat ambil guna hp semasa dalam kedai Khadijah Ibrahim tadi.



nasi goreng cina

ice lemon tea

laksa johor

tengok apa tu syg

temenung je mamat ni

sukanya dia senyum sokmo

ruang makan khadijah's kitchen

logo & tradmark kedai khadijah's kitchan

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. terima kasih kerana mengunjungi dan menikmati hidangan kami di restoran kami. harap sudi datang lagi. salam dari kami di khadijah's kitchen.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..