APA ITU APRIL FOOL?

4/01/2010 08:24:00 PG , 2 Comments

Selama aku hidup dekat dunia ni kurang lagi sehari 30 tahun, sampai sekarang aku kurang faham kenapa semua orang suka dekat april fool. ada apa dengan april fool? n kenapa kita suka perkenakan kawan2, sahabat, kekasih, isteri time 1/4/10.

1 April sering disebut sebagai April Fool , biasanya banyak diantara kita yang sibuk merayakannya dengan membuat rencana besar untuk MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat pacar dan bahkan orang tua sendiri. Entah darimana datangnya budaya ini, yang jelas seakan akan pada tanggal 1 April ini kita boleh berbuat DOSA

Kepala kita penuh dengan rencana mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan, tapi ingat syaratnya: tidak boleh sampai membuat target kita marah.


Setahu saya, April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:


Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. link ke entry ni..

    http://adzriel.blogspot.com/2011/03/dontt-play-fool-on-april-fool.html

    BalasPadam
  2. =)
    sy kongsikan link entry nie kat fb ye~

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..