Rumahtangga Zul Huzaimy Hancur Kerana Cinta Facebook?

3/29/2010 02:27:00 PTG , 0 Comments

Dunia sekarang makin aneh jadinya. Kerana cinta yang tidak tahu hujung pangkal, apa yang di’miliki hilang begitu sahaja.

Ini kisah Zul Huzaimy sebagaimana yang di’ceritakan melalui sebuah forum hiburan hari ini. Jadikan teladan & sempadan.


Al-kisahnya Zul Huziamy mula menyertai Facebook kerana ingin mendekati peminat & mengenali mereka dengan lebih rapat.


Namun satu tragedi cinta berlaku selepas Zul Huzaimy berkenalan dengan sorang gadis yang menggunakan nama Aleesya Sofea dalam Facebook tersebut.


Dek kerana terpikat akan rupa paras melalui gambar Facebook sahaja, Zul Huzaimy sudah jatuh hati & sanggup bergayut berjam-jam melalui telefon setiap hari.


Gadis Facebook ini mendakwa yang beliau merupakan seorang doktor bertugas shift yang ada kaitan dengan kerabat Johor. Masih, mempunyai masa untuk melayan Facebook 24 jam.


Lebih menambahkan sadis, mereka berdua ini tidak pernah berjumpa namun Zul Huzaimy di’katakan tidak teragak-agak melepaskan lafaz cerai kepada isteri kerana mahu mulakan hidup baru dengan gadis Facebook tersebut.


Isteri Zul Huzaimy tanpa berlengah cuba mencari siapa gerangan sebenar gadis ‘fantasi’ yang telah meruntuhkan rumahtangga beliau. Hasil kerjasama rakan-rakan, satu nama timbul dalam database sebuah syarikat telekomunikasi.


Gadis Facebook idaman Zul Huzaimy itu rupa-rupanya bernama Azlina Jahagir Khan yang sekarang ini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Sedih bukan?


Gadis Facebook ini juga tanpa segan silu meminjam gambar anak Zul Huzaimy, Awal Haziq untuk di’letakkan dalam profile Facebook beliau.


Berita terbaru yang di’terima menyatakan isteir Zul Huzaimy telah membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan bekas suami yang suka merosakkan & mencuri harta benda milik beliau.

Berita kehancuran rumahtangga Zul Huzaimy ini bakal di’kutip krew Terjah!, Fuhh!, Melodi & apa-apa rancangan yang seangkatan dengan’nya tidak lama lagi.


Kita tunggu sahaja apa jawapan dari mulut si empunya badan & lebih menarik jika mereka boleh jejak gadis Facebook ini sendiri.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..