Rahsia solat awal waktu....

3/23/2010 03:04:00 PTG 0 Comments

Maklumat untuk di kongsi bersama


Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang- ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan
roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu
Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga
kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali
pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem
tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan'
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak
menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa
Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan
penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat
cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya .

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..