Maut Ketika Mengisi Minyak -- Takziah Buat Keluarga Allahyarham

3/31/2010 10:13:00 PG , , 2 Comments

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.



"VIDEO TELAH DI DELETE ATAS PERMINTAAN KELUARGA MANGSA"



“Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.”

“Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berbangsa cina berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. salam..saya adk kepada arwah memohon jasa baik saudara supaya memadam video nie..dan kepada sesiapa yg terjmpavideo nie kat mana2,minta tolong surh owner tersebut padam video tersebut.kami sekeluarga xsanggup nk tngk video 2..saya meminta jasa baik semua pihak..terima kasih

    BalasPadam
  2. Greetings all, terrific website I find It positively accessible & it has helped me so much
    I hope to be able to contribute & support other users like this website has helped me

    _________________
    [url=http://iphoneusers.com]jailbreak iphone 4[/url]

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..