EVOLUSI KL DRIFT 2 -- PECAH PANGGUNG SEKARANG

3/27/2010 10:16:00 PG , , , , 2 Comments

EVOLUSI KL DRIFT2.....Tajuk je dah Gah..Malam semalam aku baru je tengok sama dengan syg aku.. selalunya syg aku ni tak nak tengok cita melayu..suka tengok cita mat salleh je.. tapi malam semalam aku tengok dia senyum je lepas keluar dari panggung..cerita ni baru tayang 2 hari je dekat panggung.. aku bagi 5 bintang cerita ni bro.. rugi tak tengok..

aku tabik...ah dekat anak datuk yusof haslam ni..sebab berani buat cerita ni..aksi memang power beb..korang tak ngantuk punya..aksi banyak gila..

cuma aku nak komen kepada pelakon wanita yang pegang watak aleeya ni..lakonan dia kurang menjadi sikit semua macam terpaksa..senyum, gelak sedih macam tak ikhlas..hahaha..aku pulak yang kritik..apa pon mantapkan lakonanmu dik..

ada satu babak gengster mati kena tembak dekat jalan tu.. gengster tu dah mati..tapi time polis check badan dia..boleh pulak leher dia bergerak2 macam geli time polis tu sentuh.. alamak kantoi beb mati pura2..hahaha..

bab yang lain2 memang power lagi2 time buat drift..perlumbaan memang macam cerita Fast and Furious lah..

dekat bawah ni sedikit sypnosis cerita yang aku copy dari web evolusiKL drift 2

Sypnosis


Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.

Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.

Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.

Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.

Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.

Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?

Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?




Kalau korang nak tahu kesudahan cerita dia.. jgn tunggu lagi g tengok dekat panggung sekarang..cepat..aku kata sekarang.. nanti tiket habis...korang yang melepas..

Book dekat sini sekarang..GSC..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..