CINTA 14 FEB

2/23/2010 08:18:00 PG 2 Comments

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?
cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....



SALAH SIAPA??? SEDIH BILA AKU LIHAT INILAH HAKIKAT CINTA 14 FEB..

P/S: TAKUTLAH KEPADA ALLAH, CINTA KEPADA MANUSIA TIDAK KEMANA, CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KE SYURGA.. Amin.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Oh my god. I don't understand Malay but I know what you're getting it with the photos. Poor babies. D:

    BalasPadam
  2. kenapa la manusia sanggup buat begini???apakah ini manusia zaman moden yang dah tak punya hati & perasaan???? kalau aku lihat kucing aku yang baru beranak pun sayangkan anak inikan pula kita manusia!!!!

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..