Honeymoon D Bali - Tahun 2010

1/13/2010 03:09:00 PTG , , , 5 Comments

Sempena majlis kawin aku pada hujung bulan Dis 2009, aku telah hadiahkan isteri aku tempat percutian bulan madu kami di Bali- Indonesia selama 5 hari .

Sememangnya  dah lama aku merancang nak g bercuti bersama isteri aku bila semua majlis kami dah selesai nanti. Kebetulan pada bulan 5 tahun lepas Air Asia ada membuat promosi pakej tambang murah yang kebetulan tarikh penerbangan tu selepas majlis kawin kami berdua... so aku tak lepaskan peluang terus booking 2 tempat duduk pergi n balik ke bali pada awal tahun baru 2010.

Alhamdullilah kami berdua telah selamat pegi n balik dengan selamatnya walaupun pada awal ketibaan kami berdua n waktu balik kami ke Malaysia menghadapai sedikit masalah.. tapi alhamdulilah  kami berdua berjaya atasi dengan selamatnya.

Kami berdua telah bertolak ke bali pada 1/1/10 jam 5.30 petang di KLIA dan tiba di lapangan terbang Denpasar jam 8.30 malam.

 

masa yang kami ambil dalam kapal lebih kurang 3 jam.. lama juga tu.. sempat gak kami berdua tertido n makan2 dalam tu.


Tiba je kami di airport kami berdua terus check out  n terus mencari kedai menjual prepaid untuk line telefon dkt sana.. sebab setiba kami di bali semua line telefon kami tidak boleh di gunakan n menyebabkan kami terpaksa membeli prepaid baru dengan nilai lebih kurang Rp120,000.. mahalkan hahaha.. nilai mata wang dekat indon ni memang kecik sbb tu kami sebelum g sana kami tukar duit sebanyak Rp3,000,000 juta semuanya.. pakcik kayoooo..


Lepas kita orang beli prepaid, kami berdua mencari texi untuk ke KUTA yang mana tempat tu adalah tempat yang kita orang rancang untuk tinggal sepanjang  masa cuti kami 5 hari..tambang dari airport ke kuta tu Rp150,000. Tiba je di hotel yang dimaklumkan oleh rakan kami di Malaysia, kita orang terus dimaklumkan semua bilik telah penuh n tiada bilik kosong sehingga 3hb.. kami ber2 terus mencari hotel yang lain yg dicadangkan oleh rakan kami, tapi amat malang pada malam tu semua hotel yg di cadangkan penuh..huhuu.. isteri aku dengan wajah yng sedih n amat kecewa sekali sbb takda tempat nak berehat malam tu..
so aku pujuk isteri aku untuk cari hotel di sekitar kawasan pantai KUTA ni..


akhirnya setelah hampir 2 jam kami berjalan kaki, kami terjumpa satu rumah tumpangan yang tak ubah macam rumah mak ayam..korang faham2 jelah rumah tu macam mana ye.. sedih sangat.. semua kemudahan takda.. lampu malap, air paip problem, kipas rosak, tv takda, katil macam nak runtuh.. kami di kenanakan kadar sewa Rp300,000 semalam, memang cekik darah tn . punya tempat ni.. kira kita orang ni dah kena sembelihlah ni... aku pujuk lagi isteri aku untuk bermalam semalam untuk rehatkan badan sebelum esok kami cari hotel lain.. isteri aku menurut je.. kesian aku tengok dia sbb wajah dah penuh kecewa sangat.. memang malam pertama kami di kuta menghampakan sbb tak dapat tidor kepanasan macam cacing kena salai...huhu..


Esok pagi 2/1/10 kami terus check-out dkt rumah tumpangan tu n ambil texi terus ke Ubut satu lagi tempat destinasi dekat bali ni.. ubut satu kawasan yang penuh dengan kampung n sawah padi.. Kuta pulak terletak di kawasan pantai... so kalau korang nak ke Bali boleh pilih kawasan mana yang korang nak duduk.. Kuta @ Ubut... tambang texi dari Kuta ke ubut Rp200,000, macam biasa misi utama sampai d ubut nak cari tempat tinggal dulu.. kami pegi cari satu hotel yg dicadang oleh kawan isteri aku yg penah pegi ke bali ni.. tapi malang juga sbb dah penuh.. selepas tu kita orang cari 2 hotel lagi juga penuh..

 

hotel yg ke 4 baru mereka kata ada 1 bilik kosong dengan kadar sewa sehari Rp400,000 kira2 duit malaysia RM150.. kami check dulu bilik tu takut mcam bilik mak ayam lagi.. bila aku check bilik tu memang puas hati.. isteri aku pon kata puas hati juga.. so kami terus booking sampai 4 malam di hotel tu.. kalau tak silap aku nama hotel tu  sehati-guesthouse leh rujuk sini http://www.sehati-guesthouse.com/


Hari kedua (2/1/10) kami di bali kami tidak kemana2 sbb nak berehat sehari dekat hotel tu sbb semalam kami tak dapat tido dengan keadaan panas di rumah tumpangan Kuta..

 

sebelah petang baru aku n isteri pusing2 cari kedai makan tapi memang takda kedai makan muslim sekitar kawasan tempat kami duduk tu..

 

so kami hanya makan maggie n roti untuk hari kedua..

Hari ketiga (3/1/10) aku n isteri mengambil pakej tour untuk ke Kintamani satu kawasan tinggalan Gunung berapi yg dah meletup pada tahun 1963 seperti yang dimaklumkan oleh pak super kami..

 

kos tambang yng di kenakan untuk seorang sebanyak Rp 125,000 kalau tak silap akulah.. so kami berdua kena bayar Rp250,000..

 

sebelum sampai ke Kintamani tu kami di bawah melawat beberapa Kuil utama seperti Gua Gajah. n ada 2 ke 3 kuil lagi yang aku nama dah tak ingat. hari ke3 nilah baru aku n isteri dapat rasa makan nasi dekat restoran di kawasan berdekatan dengan Kintamani ni.. kos makan seorang Rp75,000 ala buffet.

 




kali ni kami makan puas2 sbb dah 3 ari tak jumpa nasikan..hahaha.. kami tak lama di sana sbb bertolak ke sana jam 9.00 pagi n sampai dekat hotel semula jam 3.00 ptg.


Hari keempat (4/1/10) kami sekali lagi ambil tour untuk ke satu tempat yang di panggil Tanah Lot untuk melihat matahari terbenam dari kawasan pantai.

 

kami bertolak jam 2.00 petang dengan menaiki jib pickup kijang bersama2 dgn pelancong lain.. sepanjang perjalanan untuk sampai ke tanah lot kami singgah di kawasan penanaman padi tepi lereng2 bukit, monkey forest, n beberapa kuil lagi. kami sampai d tanah lot jam 5.30 petang sampailah matahari terbenam jam 6.30 ptg..

 

kawasan tu memang unit dengan view sangat menarik.. so kalau ke bali jangan lupa ambil tour ke tanah lot sbb satu kenangan yang tak dapat di lupakan akan di tinggalkan dekat sana.

Hari kelima (5/1/10) kami tak kemana2 dah kami sehari berjalan disekitar pekan ubut.. hahahaha.. kali ni kita orang g shopping puas2..bukan aku ngan wife shopping tapi belikan saudara mara dkt kg buah tangan ngan oleh2..

 

tapi kalau korang nak shopping bali bukan tempat shopping .. nak shopping g bandung.. bali tempat best honeymoon je.. isteri aku punya seronok g shopping dari start sampai abis senyum je ..seronok aku tengok isteri aku happy.. memang aku bawa dia g Bali nak dia happy n tinggalkan segala masalah kami selama ni di Malaysia..

Hari keenam (6/1/10) @ hari last kami di bali kami tak g mana2 dah shopping sikit2 je mana2 yang saudara mara tak belikan oleh2 lagi..

 

n kemas barang nak balik malaysia.. kami sebelum sampai ke airport kami ambil texi untuk ke Kuta semula sbb ada barang nak beli dekat sana.. kami ambil texi n check-out jam 12.00 tghari n kami ke Hard Rock Cafe.. wauuu.. memang happening .. sebelum sampai hard rock kami singgah di satu tempat mencanting batik.. wahhh memang cantik batik2 dkt bali ni.. sbb semuannya hasil tangan.. adalah satu dua barang kami beli walaupun pada awalnya nak tengok2 je..hahaha...

 

setiba d hard rock kami terus g beli baju yang member pesan dkt hard rock ni.. siap beli baju kami terus balik ke airport jam 3.00 ptg kami sampai d airpot .. tambang texi sampai ke airpot Rp250,000.

Jam 5.00 ptg kami check in di airport denpasar sbb kapal kami akan terbang jam 7.30 malam.. di sinilah semasa kami nak bayar airpot tax kami menghadapi sedikit kesulitan sbb kami berdua x cukup cash nak bayar tax ni.. seorang kena bayar Rp150,000 @ RM 75.00 kami cuba nak guna kad kredit tapi mesin d airport ada sedikit masalah.. lama juga kami naik turun nak cari duit last kami minta cuba sekali lagi mesin kad kredit tu..last alhamdullilah kami berjaya bayar tax tu guna kredit.. aku dgn isteri dah mula risau sbb kami tersangkut dekat airport ni.. n tak tahu nak minta tolong sapa dkt sini..

Jam 7.30 kami ber2 naik kapal n mendarat dekat Klia jam 10.30 malam.. tiba di airport adik aku dah tunggu untuk jemput kami ber2.. alhamdullilah akhirnya selamat aku n isteri tiba dimalaysia semula.

kesimpulan percutian bulan madu kami memang penuh dengan keseronokan yang tak dapat d lupakan sepanjang kami di Bali.. kami juga jadikan apa yang terjadi semasa disana sebagai pengalaman kami berdua yang kami akan ingat sampai bila... seronok di Bali.. jommm mai sekali lagi g sana...hahahaha..


P/S : Gambar cuti kami ber2 akan menyusul nanti.. sabar ye... hahaha..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Great share here Andy, I love your post. It’s great having you for backing up bloggers community.

    BalasPadam
  2. oh.. u pun dah pergi bali ek? nanti kan entry bali i soon.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah pegi n ingin pergi lagi.. hehehe

      Padam

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..