Khamis, 31 Disember 2009
Majlis Perkahwinanku - Penang
Sabtu, 19 Disember 2009
DI HARI PERNIKAHANKU
Tok Imam pulak ada temujanji nak menikahkan pasangan lain dkt kawasan tu..aku sampai je dkt masjid terus dia orang minta aku duduk depan tok imam..tengok muka tok imam senyum je..aku dah lega dah , walaupun dalam diam gemuruh juga.. dalam keadaan gemuruh tu sempat juga aku jeling2 mana bakal isteri, bila aku tengok dia ada tak jauh dari tempat aku dengan senyuman yang tak henti2 dari aku datang sampai selesai majlis buat aku tenang lepas aku tengok muka syg aku ni.
aku pon dinikahkan oleh bapa mertua aku sendiri, dengan sekali lafaz aku telah sah sampai bila2 menjadi suami kepada Nurfarahliana binti Saad (syg aku ni)..
Khamis, 17 Disember 2009
Menghitung Hari Pernikahanku
ari ni je aku sebuk buat sendiri bekas hantaran, sehari dkt umah je..tak g mana2 pon..barang aku dah beli semua dkt nilai 3 so sampai kg.nilah aku baru hias. ingatkan adalah orang2 leh tlg buatkan..malang nasib aku sbb semua adik2 sebuk..
jab lagi nak tido ah..esok pagi aku nak drive g penang terus..takpenah aku drive sejauh ni lagi..esok baru nak uji mental n fizikal..doakan aku selamat sampai n selamat semuanya.. abg akn datang ambil syg..tunggu abg ye syg..love u tunangku..
Selasa, 15 Disember 2009
ASNB Isytihar Agihan Pendapatan 7.30 Sen Seunit Bagi ASB
Sabtu, 12 Disember 2009
Balik Kg Cuti Lama
dari aku sampai pagi tadi bakal pengantin ni sebuk je..samapi sekarang, aku pulak pagi tolong kemas2 umah..dah tu petang g jumpa bos lama tempat keje aku. antar kad jemputan sekali.
kalau korang nak tahu ni paling lama aku cuti.. sebulan beb..mula cuti 11/12/09 sampai 11/1/10..hahaha tak penah dibuat staff dekat opis cuti lama mcm ni..aku je yang berani buat apa pon tq kepada bos aku yang luluskan cuti aku..
bukan aku sorang je yang cuti lama tunang aku pon cuti sama pada tarikh yang sama dengan naik keje pon sama juga..
kenapa sama ni cuti..hahaha sbb kami berdua nak kawin 20hb ni..tu yang aku cuti lama..nak rehat dengan bakal isteri aku..hahaha..doakan majlis kami berjalan dengn selamat k.
Jumaat, 11 Disember 2009
Maskahwin Naik 200%
SHAH ALAM, 10 Dis - Kadar mas kahwin negeri Selangor dipinda kepada minima RM300 bermula Januari 2010 berbanding kadar asal iaitu hanya RM80 setelah diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar tersebut dinaikkan bagi memartabatkan wanita pada hari ini memandangkan kadar mas kahwin terdahulu terlalu rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak dahulu lagi.“Tidak mungkin kita menilai seorang isteri dengan nilai RM80 dan kadar RM300 ini adalah munasabah pada zaman ini bagi semua peringkat golongan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, kadar ditetapkan ini adalah jumlah minima dan menggalakkan mana-mana pasangan pengantin yang ingin membayar lebih.

Saman Oh Saman
Apa pon tq dkt abg POLIS tu sbb kasi nasihat je..selamat duit aku...........Alhamdullilah Syukurrrrr..
Khamis, 10 Disember 2009
Bercinta Sebelum Kawin @ Selepas Kawin
hahaha.. tajuk mencabar minda ni, saja aku buat story pasal kawin ni maklum jelah bulan2 orang kawin sekarang nikan..saja nak kongsi pengalaman orang2 lama dkt luar sana.Dari apa yg aku dengar, baca, pengalaman kawan2 semua kata nikmat masa bercinta dengan selepas kawin berbeza. ada yang kata sblm kawin leh pulak pegang2 tangan, sapai tak nak lepas tu masa g jalan2, bila dah sah jadi suami isteri yang halal segan pulak nak pegang tangan..tak begitu kawan2 n otai2 luar sana. sendiri pikirlah kenapa jadi macam ni.
rata2 mana yg dah lama bercinta sebelum kawin n lepas tu kawin semua kata pasangan dah tak romantik macam masa mula2 hangat bercinta dulu..kenapa leh jagi macam ni ye?
ikut pandangan peribadi aku mungkin sbb dah lama sangat korang berkepit kehulu kehilir lama2 bila dah kawin dah takda apa yang istimewa lepas kawinkan..itu pandangan aku je..yang tak setuju leh komen dkt bawah ye..hahaha
bagi diri aku ni memang peluang untuk merasai mcm mana rasa pasangan keluar berdua2an memang susahlah sbb aku dkt kl tunang aku dkt penang. so kalau nak keluar pon kena ada teman..kalau korang nak tahu teman kita orang ibu ngan ayah tunang aku..hahaha, amacam dahsyat tak aku bukan aku dating dengan anak, dengan ayah & ibu dia pon aku bawa sekali.
mungkin ada sesetengah orang rimas dengan keadaan macam nikan..tapi bagi aku biasa je..aku selesa dgn keadaan macam ni..sbb yang aku perlukan ada restu n kepercayaan kedua bakal ibu n bapa mertua aku..
alhamdullillah setelah hampir 7 bulan kami ditunangkan kami berdua akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ni..happy sangat aku..aku harap tunang aku pon happy juga mcm aku ni.
kalau korang nak tahu lepas kawin nilah baru kami nak mula bercinta..hahaha...mesti indahkan sbb banyak benda yang kita orang belum pernah buat besama..selalunya ibu n ayah tunang akulah jadi peneman kita orang ni..tak sabar rasanya nak keluar jalan2 berdua je..tanpa rasa takut2.. n bawa peneman..lepas ni akulah yang jadi peneman bakal isteri aku.. doakan majlis kami semua berjalan dengan lancar, selamat n sempurna..Aminnn..
Rabu, 9 Disember 2009
Yong Tau Foo - Kg. Pandan


ni yang paling aku takut ni air kelapa gergasi harga RM2.50 dia punya besar mcam jak airlah, mula2 sampai aku termenung tengok air ni..boleh ke aku habiskan..sembang punya sembang dgn member opis, tengok2 dah tinggal suku ..hahaha perut dah mcm nak pecah ni..aku nak bangun angkat kaki dkt kedai pon dah tak larat.
Apa pon alhamdulillah dgn apa yg aku makan tengari ni..memang best & kenyang terlampau..kalau ada sapa2 nak merasa g lah cari "yong tau foo kg. pandan" ye.. nescaya pegi sekali mesti nak ajak kawan2 g lagi..hahaha..minta belanja dkt kawan2 ye..
Selasa, 8 Disember 2009
KENAPA JALAN TUN RAZAK JAM PAGI NI?
huhu..aku ingatkan aku boleh sampai opis awal..rupanya lewat lagi..dah 2 hari aku lewat, aku rasa aku dah keluarumah dah tapi tup2 je sampai Jalan tun razak menghala ke arah Sg. Besi jam se jamnya..
aku masih tertanya2 apa punyanya..mau kebas kaki aku tekan kelas brek dgn kelas..huhu..sabor je aku pagi ni..
kawan n member2 kasi info sikit apa pasal ah jam teruk pagi ni....
Isnin, 7 Disember 2009
HARI YG LEWAT
Ari ni je aku lewat bangun, lewat solat, lewat sampai opis, lewat sarapan, jalan jam macam2 lagi ari ni..huhu..mungkin penat sangat kot smlm aku g nilai 3 cari barang sorang2 bertemankan tunang aku secara online je.
Semua gara2 bangun lewat semua benda aku buat ari ni jadi lewat. dah lah malam tadi aku tertido sampai pagi baru sedar. memang tido mati kata orang ni..kalau ada ular masuk dalam umah pon tak sedar..tau2 bangun dah dalam perut ular..huhuh..moga dijauhkan..
sblm aku tertido tu ada juga aku call tunang aku , tengah2 sembang kawan dia datang kata ada perbincangan unutk exam besok pagi, so aku kata takpelah cyg, cyg siap2 dululah..n dia pesan nanti kalau abg tak tido abg call ye dalam 11.45.. sedar2 je pukul 7.15 pg baru aku call..huhuhu..dgr dari suara dia mcm dia merajuk2 dkt aku..tapi takpe aku dah faham dia sekejab je tu..akulah yg kena main peranan pujukkan .. nak gerak g keje je aku dah call dia rupanya dia sambung tido..oklah aku kasi dia tido lagi..sampai opis je aku call lagi nasib tak tido lg..bangun cyg..kesian aku tengok dia penat sgt malam tadi study ptg ni ada exam BI dia kata ..good luck cyg..
Ahad, 6 Disember 2009
Friendster berwajah baru..ye ke?
lepas tunang aku kata friendster dah berubah wajah, aku terus je buka, mula2 aku termangu2 memang lain dari yang lain kata orang tu menariklah sikit seingat aku dah kali ke3 dia berubah wajah sejak aku joint tahun berapa entah..tapi bukan tahun gajah ye..hahaha..
Best gak tengok friendster ni, perkara pertama aku buat aku tengok orang umah akulah..itu yang first sbb dalam hidup aku dia yang first dalam segalanya..dulu dia rajin upload gambar2 dalam tu.. sekarang ni dah jarang2 mungkin dia sebuk
hahaha..gila kentang lah aku ni larat ke nak manage dah berpuluh2 blog aku buat ni..hahhaa. tengoklah nanti mana yg aku larat aku update lah kan ..lagi pon tunang aku pon leh access blog aku so kalau aku tak sempat dia lah yang banyak tolong aku..abg dia ni malas sikit..maafkan abg ye syg..tq sbb selalu tolong abg..syg sgt dgn syg aku ni..Sabtu, 5 Disember 2009
G Beli Barang...
Jumaat, 4 Disember 2009
SEJARAH MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.Perbandingan dengan bangunan tinggi lain
Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar Petronas sebagai gelaran menara tertinggi dunia. 
Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chrysler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Of Manhattan.
Menara Berkembar Petronas dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.
Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.
Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.
Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas RM270 juta.

Di bawah Menara Berkembar Petronas merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.Menara Berkembar Petronas mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.
Khamis, 3 Disember 2009
Tidor je.....

Bila nak membesar daaaa....
Sekarang giliran aku pulak bekebun ni...kalau korang nak tahu aku baru je sebulan belajar2 Harimau ngan gajah je takda lagi.hahaha.. yg dkt gambar ni anak benih cili padi.
aku cuba semai dalam pasu dulu bila dah besar sikit baru rancang beli pasu besar sikit sbb kalau x pindahkan mau bantut cili aku ni..
Tujuan utama aku tanam ni lain tak bukan nak cili mulut korang yang jahat ni.. takdalah saja je..nak buat apa lagi nak makan lah cili ni..aku tanam khusus untuk bakal isteri aku nanti sbb dia kuat makan cili..tapi aku memang x boleh makan cili @ benda2 yang pedas.
cuma hobi aku je yang memang suka menanam dari kecik lagi, insyallah apa je yg aku tanam biasanya tak mengecewakan, biasanya hiduplah.
Tapi untuk kali ni aku pelik sikit benih cili aku ni dah dekat sebulan tapi daun masih 2 helai je, aku rasa macam lama sgt nak membesar ni, setiap pagi aku dah siram kecuali time2 aku balik kampung je.
Takpe aku sabar je dulu menunggu cili aku membesar ni. Lepas ni leh jimat sikit aku x yah g kedai beli cili petik dkt umah je..
Kalau ada sapa2 nak order boleh..mau berapa kilo tokey? hahaha
Mcm mana nak jual cili tu tak membesar2 lagi pon..harap2 hiduplah cili padi aku ni.
Rabu, 2 Disember 2009
Kejadian Senapang Patah Ter.......?????
TNB minta penjelasan isu senapang meletup
Dec 2, 09 11:25am
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meminta syarikat kawalan keselamatan terbabit memberi keterangan susulan kejadian senjata api pengawal meletup mengakibatkan dua kanak-kanak cedera di sebuah Kedai Tenaga Bedford milik agensi itu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini.
Menurut kenyataan TNB malam ini, tindakan sewajarnya juga akan diambil ke atas syarikat tersebut."
Kami telah mengarahkan kakitangan kami untuk berada di hospital bagi memberikan apa jua kemudahan yang diperlukan mangsa," kata kenyataan itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang, dua kanak-kanak berusia 12 tahun cedera parah di kaki kanan akibat terkena serpihan peluru daripada selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan yang terjatuh dan meletup.
Ahmad Faiz Roslan, 12, dilaporkan cedera teruk di ibu jari kanan manakala sepupunya Muhamad Faris Abdullah, 12, cedera di tapak kaki kanan.
Ketika kejadian, dua kanak-kanak itu sedang duduk di ruang menunggu sementara ibu Muhamad Faris menjelaskan bil di kaunter pembayaran. BERNAMA
Catatan Popular Bulan Ini
-
Salam semua, Setelah beberapa kali percubaan aku buat akhirnya Papago X5 berjaya aku install di Samsung Galaxy Note , walaupun pada awalny...
-
Salam, Sapa yang perasan entri aku sebelum ni " Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat " yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara...
-
[ Update post using : Windows Live Writer ] Salam, Minggu lepas sempat aku meluangkan masa sepetang gi bawa wife dengan adik-adik ipar gi ...
-
Salam semua, Hari ini saya ingin berkongsikan informasi kepada semua bakal ibu atau bapa yang bakal menimang cahaya mata.. pesanan dibawah ...
-
Salam semua, Kebetulan sekarang ni cik malarang tengah berpantang.. so aku nak kongsikan 15 resepi ibu berpantang yang boleh digunak...










