Daun Gelenggang

11/24/2009 09:52:00 PG 1 Comments



** PENAWAR KURAP / PANAU **

Nama Tempatan: Gelenggang

Nama Saintifik: Cassia Alata

Nama Lain: Cassia,wild senna,fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, wild senna, ringworm cassia, guajava, ketepeng badak, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco, gelenggang.ludangan


Famili: caesalpinaceae

Lokasi dijumpai: Di tepi lebuh raya dan kawasan semak(Gambar:Mata air panas poring,sabah)


keterangan:

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.



kegunaan:

Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.

Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria

**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan anak dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Hi, saya nak cari Daun Gelenggang secara banyak, lebih kurang 500kg sehari. Siapa nak supply boleh call saya dengan nombor ini 0122389319.

    Oleh itu, saya cadang brother brother sekalian, tanam ini daun gelenggang atau pokok gelenggang. Sebab daun ini boleh mula potong selepas 3 -6 bulan bertanam. Daun boleh dipotong lagi setiap 4 - 6 minggu. tak payah apa bahan kimia atau baja. cucuk dalam tanah, jaga dengan siram air. pokok ini paling penting ialah air dan matahari.

    1 acre = 43560square feet.

    43560 / 9 square feet = 4840 pokok gelenggang

    1 pokok boleh dapat 2kg daun geleggang.

    4840 x 2kg = 9680kg

    harga 1kg= Rm1

    Sebulan dapat RM9680. Kalau ada 2 kar atau lebih, memang banyak wang ini.

    Saya akan contract dengan sesiapa ya tanam pokok ini. Saya akan beli daun itu.

    Terima Kasih, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya 0122389319.

    Saya juga ada suruh orang potong dekat hutan hutan.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..