JENTERA KU MENYONDOL

7/30/2009 10:03:00 PTG , 0 Comments





Ni lah Rupa jentera yg telah aku jaga selama lebih setahun 2 bulan..tanggal 6/7/09 sewaktu aku dalam perjalanan ke opis untuk menjempuk kawan aku untuk bermain bowling aku telah tersondol belakang sebuah kereta Pajero ...yg mana kau org pon tahukan macam mana kerasnya ponggong pajero tu..huhu..kerosakan jentera aku seolah2 aku membawanya dgn kelajuan 120 km/j..hehehe..pada hal aku bawa bawah 30km/j sbb jalan jam masa tu..
kalau korang nak tahu ni first time aku kemalangan sendirian..punya gabra..aku tak tahu nak wat apa2.. yg aku ingat tunang aku ngan adik aku je..aku call adik aku ngan tunang aku yg aku xcident dkt jalan tun razak-KL..adik aku dtg dgn kawan dia lebih kurang sejam sbb adik aku ni keje dkt Uitm Shah Alam so masa lamalah sikit baru sampai...adik aku sampai je..terus bincang dgn tukang tarik keta..sbb keta aku tak boleh nak jalan dgn pintu dua2 tak boleh nak buka..adik aku uruskan keta unutk tarik aku pulak uruskan wat report dgn runner tukang tarik dkt Balai Polis Trafik Bandaraya.
Siap buat report biasalah kan dah salah tentunya kena saman..huhu..melayang duit aku 3oo..banyak tu...kalau x leh beli barang untuk tunang aku..maafkan abg syg..bulan ni abg kena puasalah..huhu.. ok sambung semula..siap wat report keta pon dah ambil gambar semua..aku follow tukang tarik g bengkel panel untuk Perodua...so panel yg ada dekat Taman Prima Selayang..maka bermalamlah jentera aku selama 2 minggu dkt sana..setiap ujung minggu aku g tengok perkembangan keta aku ..yelah mestilah aku nak tengok nantikan rangka je yg tinggal..
tapi nasib aku baik sbb aku tak keluar duit satu sen sbb aku claim insuran..kereta abg yg aku sondol tu pon aku suruh dia claim insuran aku.. 16/7/09 bengkel call suruh g ambil keta..kata keta dah siap happynya aku pagi aku g tengok..keta dah siap..tp dah standard semulalah..huhu..takpe akn aku pelan2 makeup dia semula nanti bila menteri kewangan luluskan hehehe...kena tanya menteri kewangan aku dulu..aku ckp dgn tokey bengkel petang aku ambil so bila petang aku nak g ambil tokey kata tak boleh ambil sbb ada pihak insurans nak dtg check dulu aku kata ok..takpe aku pon tak urgent nak pakai sbb aku ada 1 lagi jentera kuda yg lagi bagus digunakan time2 jam dkt KL ni..dia ckp esok Jumaat leh ambil..17/7/09 lepas solat jumaat aku g ambil dgn member aku..aku puas hatilah dgn keja2 mekanik dkt bengkel tu..
tapi lepas 2 ari aku pakai dah mula menunjukn tanda2 masalah..hon dia bunyi makan aym berak kapur..lepas tu air wiper tak keluar..so aku call bengkel minta check semula..ari ahad 19/7/09 aku bawa g check di org silap pasang kabel wiper tu terbalik..skrg dah ok dah hon pon dah adjust..bunyi dah ok..yg aku tgh monitor skrg ari tu minyak brake mcm asik kurang..so tokey kata kalau kurang lg dia minta aku hantar bengkel semula..
korang nak tahu berapa jumlah bengkel tu claim insuran aku..8k lebih..mahal gila.....huhu..kalau guna duit aku sendiri tak mampu dah aku mahu berbulan2 keta aku dkt bengkel tu..d sbb kan aku ada insuran..so selamat aku..hehehe..
moralnya lepas ni aku akn lebih hati2 lagi bawa jentera aku ni..skrg bila bawa keta aku follow jauh je dari belakang keta..tak mahu pisang buah 2x.. Hati2lah di jalan raya wahai sahabat ku sekalian..sygilah jentera ngan org2 yg anda syg.. ok cauuu..aku penat dah membebel ni..ada cerita aku cita lg...

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..