Wednesday, May 15, 2013

Rezeki Harraz Untuk Beli Susu Dan Pampers

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

cek nuffnang 2013

Alhamdulillah walaupun aktiviti blogging aku agak slow sekarang ni.. masih ada rezeki dari site income blog ni.. setelah beberapa bulan tak dapat cek dari Nuffnang.. tadi pagi sampai opis je dah ada 2 keping surat atas meja.. rasanya semalam sampai kot.. tapi disebabkan aku tak masuk opis semalam sebab buat kerja luar so kerani opis tu letak atas meja aku je.

Bolehlah buat beli susu formula dengan pampers anak nanti.. kali ni rasanya anak aku kena tukar susu formula yang lagi mahal.. sebab dah 2 jenis susu formula murah yang aku bagi tak serasi.. setiap kali nak buang najis asik derita je..

Demi anak terpaksalah juga belikan susu formula yang mahal gamatnya.. harap-harapnya takda lagi masalah sembelit lepas ni..

** Doakan aku sentiasa sihat supaya dapat terus merapu dalam blog kesayangan aku ni.. **

Sunday, May 12, 2013

Window Shopping Mom And Baby Expo 2013

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni sempat bawa cik isteri untuk window shopping di Mid Valley Exhibition Center sempena Mom & Baby Expo 2013.. Disebabkan tak nak berebut-rebut tempat parking seawal jam 10.30 pagi kami bertiga dah sampai parking Mid Valley.. memang tepat jangkaan baru 30 minit dibuka dah banyak tempat parking penuh.. alhamdulillah dapat juga tempat parking yang dekat dengan pintu masuk utama Mid Valley.

Mom & Baby Expo 2013 1

Mom & Baby Expo 2013 ni dah berjalan 3 hari bermula pada hari jumaat dan berakhir pada ahad.. disebabkan jumaat & sabtu aku duty.. so hari ahad jelah yang aku free untuk bawa family jalan-jalan dekat expo tu

Mom & Baby Expo 2013 2

Setiap kali ada expo, Jenama Avent ni memang mesti ada.. kali ni menarik sikit.. kalau ada bawa botol susu lama tak kira apa jenama.. boleh tukar dengan botol susu Avent baru dengan tawaran harga murah.

Mom & Baby Expo 2013 3

Punyalah ramai orang beratur nak ambil goodies bag.. aku dengan cik isteri malas nak beratur.. so memang lalu jelah dekat bahagian registration tu.

Mom & Baby Expo 2013 4

senarai syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam expo ni.. aku cuba cari ruang pameran Dypers.. tak jumpa.. rupanya dia tak ambil bahagian dekat expo ni.. ingat kalau ada nak shopping pampers sikt.. jenama lain macam whoope, huggies & pet pet,. adalah tapi harga tak lah murah macam dekat tesco

Mom & Baby Expo 2013 5

Iklan untuk expo akan datang dah tertulis… dah boleh kumpul duit dari sekarang kalau nak shopping masa tu,.. hehehe

Mom & Baby Expo 2013 6

Harraz dengan belonnya.. mengamuk-ngamuk tengok belon budak-budak lain.. nak tak nak terpaksalah juga carikan belon untuk dia juga..

Mom & Baby Expo 2013 7

Dalam banyak-banyak barang dijual dekat expo tu..aksesori breast pump medela ni juga yang kami beli.. memang dah lama cari bendalah ni.. kebetulan dah ada dijual dekat expo ni terus aku suruh cik isteri beli..

Mom & Baby Expo 2013 8

Yang ni pulak harraz punya mainan.. setiap kali gi expo mesti belikan dia satu mainan.. dah janji dengan mama dia sebelum pergi mana-mana expo.. kalau nak beli mainan beli satu je yang harga dibawah RM10.. hehehe… bukan aku kedekut.. tapi tak mau membazir.. hehehe

Sekarang ni kalau gi expo memang banyak window shopping je.. dulu masa mula-mula cik isteri pregnant memang kalau shopping gila-gila punya.. sekarang anak dah besar dah kurang sikit shoppingnya.. Tunggulah kalau harraz ada adik masa akan datang.. mesti shopping gila-gila lagi.. hehehe.

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini